Assalamualaikum. Salam Perpaduan semua.Okay, kali ni aku nak cerita sikit pasal sebuah filem yang agak menarik untuk dikongsikan. Tahu tak Filem "Zaiton Ceritaku" ?
Well, memang kurang glamour bagi korang tapi glamour di hati aku.
First time aku tengok filem ni kat astro first, rasa macam tak layan. Tapi memang..., 2 bulan lalu sejak aku tengok trailer nya, memang hati ni dah tak sabar nak tengok.
Hahaha, mungkin tak layan sebab starting filem dah accident. Ingatkan filem ni dia ceritakan zaman kegemilangan Zaiton Sameon. Rupa-rupanya cerita masa dia lepas accident.
Boring~
But, lepas menjiwai alam "neraka" Zaiton, perrgghh, aku terpegun gila beb! Tak boleh nak tahan airmata ni. Nak nangis je. Lagi-lagi part Shamsul tinggalkan kakaknya, Zaiton.
"Shamsul, aku tunggu tau, aku tunggu tau" Ayat ni, paling aku sedih masa Zaiton tengok kat tingkap.
Part yang lagi sedih bila Zaiton menyanyi dekat tempat jual durian. Sanggup orang tu bagi dia durian busuk.
"Kadang-kadang, kita kena memberi, baru kita dapat merasa"
Ayat ni paling sedih bila ada orang simpati dekat dia. Nangis pula tengok part ni.
Well, aku ni keras hati sikit kalau tengok filem, but bila "saya" dah keluar, mulalah lembut hati, hehehe.
Lepas tu, sinematografi dia pun, boleh tahan juga lah. Dengan busana zaman 90-an dulu kan. Muzik, perrrgghhh... strings dia best pula bila digubah daripada lagu asal "Menaruh Harapan". Lagi aku menangis tengok cerita ni! :'(
Part yang sangat aku dah jangkakan, adalah watak Zaiton Sameon, yang dipegang oleh "Nadia Aqilah Bajuri". Siapa dia tu? Hahah, memang kolot lah korang tak kenal. Nadia Aqilah adalah pelakon yang pernah menjadi tarikan penonton kaca tv dengan nama "Chika". Okay fine, drama bersiri Tari Tirana lah.
Aku mula-mula tengok dia berlakon dalam drama bersiri "Emil Emilda" lakonan Aaron Aziz dengan Sharifah Amani. Well, masa tu dia cuma supporting je jadi minah upahan Datin apa ntah namanya, aku lupa, hahaha.
Lepas tu, Nadia Aqilah ni berterusan berlakon di bawah naungan Radiusone Sdn. Bhd. dalam drama bersiri "MerahPuteh" dan memegang watak antagonis. Memang aku unexpected lah dia dengan jayanya melakonkan watak tersebut. Watak gedik dalam Tari Tirana pun boleh, watak minah indon pun boleh, watak jahat misteri pun boleh! Wow! Terus meyakinkan aku lagi dalam Cerekarama Tv3, "Takdir Afina". What the...? Nadia Aqilah ni macam profesional dah dalam lakonan! Watak menantu yang tak diterima oleh mertua sedangkan menantu itu baik, sebaik-baiknya. Ya... dan aku terus target yang Nadia Aqilah boleh melakonkan semua genre watak!
And that's what I've said! Nadia melakonkan watak Zaiton Sameon dan mendapat pujian ramai!Memang aku terkejutlah tengok dia berlakon watak ala-ala "kureng" mentaliti macam tu. Menjadi boh!
Dan kepada Nadia, memang akak lah yang menghidupkan filem ni! Watak Zaiton takkan jadi sedih tanpa akak! Good job!
Filem Biografi ni memang "berani mati" kalau nak buat sebabnya, ramai penonton wayang tak gemar. Ramai yang suka filem cintan la, gangster la, hantu la... Erghh, nak naik bosan aku.
But, aku beri penghormatan yang TINGGI punya pada Filem Zaiton Ceritaku, dan tak lupa juga abang Esma Daniel selaku pengarah dan Bruang Film selaku penerbit. Pelakon-pelakon lain juga yang sangat aku kagum dengan lakonannya walaupun masih hijau dalam industri lakonan iaitu Karl Shafek. Turut dibintangi, Norlia Ghani, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Shahronizam Nor, Arash Mohammad, Wan Maimunah dan pelakon yang baru saya kenal, hehehe, Eva Emmanyna.
Filem ni banyak beri pengajaran kepada kita terutama, para artis yang sekarang dah TERLEBIH popular ni. Tak kira la penyanyi ke, pelakon ke, kita tak boleh lupa diri ya. Tengoklah perjalanan hidup Zaiton Sameon lepas kemalangan. Tak siapa yang pedulikannya.
"Sebenarnya kisah hidup saya ni, jadikanlah tauladan dan iktibar kepada semua, betapa kalau kita dah senang... jangan lupa yang dibawah" Zaiton Sameon.Ok, terima kasih yang sudi baca post saya kali ni. Lepas ni, jenguk-jenguk lah lagi untuk cerita saya seterusnya. Assalamualaikum, bye!


