Tuesday, May 20, 2014

Novel Bersiri: Dangerous Killer (Bab 2 - Bab 5)



BAB 2



“C
erahnya pagi ni. Matahari terbit sangat indah. Dekat luar, embun pagi masih bersinar. Baunya, memang nostalgik” Wana menggeliat tanda nyenyaknya dia tidur. Mulutnya menguap. Matanya dikenyit-kenyitkan menahan sinar cahaya pagi. Rambut yang kusut itu disikat mengurai sehingga ke paras bahu.  Dia bangun lalu menuju ke arah tingkap. Langsir diselak untuk melihat suasana di luar. Sebaik sahaja dia membuka tingkap, Wana menghirup udara segar di luar.

            “Wah, seronoknya pagi ni. Udara sangat segar. Burung-burung berkicauan. Angin pula…” Wana terhenti apabila Wafi yang tidak tersengaja lalu di hadapan muka pintu biliknya itu berhenti menegur.
            “Ha… tak payah nak feeling princess-princess sangat cik kak! Pergi mandi, lepas tu sarapan. Kau dah start kerja baru hari ni, tak ingat?” sindir Wafi menjela-jela panjangnya.
            “Aduh… kacau lah abang ni.”

Monday, May 19, 2014

Novel Bersiri: Dangerous Killer (Prolog 1 - Bab 1)



PROLOG 1



S
unyi sahaja di dalam tandas wanita ini. Terdetik suara hati Wana ketika melangkah masuk ke dalam tandas wanita tersebut. Dalam keadaan shopping complex yang sepi, bertambah-tambah degupan jantung Wana berlari-lari. Wana menuju ke sinki dan menekan kepala paip. Bunyi air memecahkan kesunyian disekelilingnya. Wana mengeluarkan tisu dan mengenakan sedikit air lalu mengelap pipinya. Tanda kemerah-merahan solekan di pipinya kelihatan pudar dan ingin dia tanggalkan. Wana menekan kepala paip itu berkali-kali tiap kali curahan air paip itu berhenti demi menjaga perasaan seramnya seorang diri. Bunyi air mengalir di paip itulah yang dapat mententeramkan gejolak jiwanya seketika.

            Selesai mengelap pipi, telefon bimbitnya berdering. Aduh, siapa pula yang telefon ni!? Bisik hati Wana. Melihat sahaja nama Wafi, dia terus menjeling dan mengeluh.

“Hello, ya abang” Wana membuka suara dengan nada yang sederhana perlahan.
“Hah, kau tu dah tak reti-reti nak balik ke? Mana mee goreng aku? Aku lapar ni.” Bebel Wafi yang terporok menunggu di sofa rumahnya.
“Eh, kau ni. Sabarlah. Aku on the way nak balik lah ni.”
“Cepat sikit! Hati-hati nak balik nanti. Takut ada paparazzi mana entah yang ikut kau nanti pula.” Bebel Wafi itu masih lagi berunsurkan perihatin terhadap adiknya. Sebab itu Wana tidak kisah jika abangnya berleter panjang. Dia tahu, Wafi itulah satu-satunya abang yang dia ada di dunia. Wana memulakan langkahnya keluar dari tandas. Talian telefon dengan abangnya masih lagi tidak terputus. Telefon bimbit dikepit antara pipi dan bahu sementara tangannya meraba-raba poket handbag seakan-akan mencari sesuatu.


Chrome - Background