Tuesday, June 3, 2014

Novel Bersiri: Dangerous Killer (Bab 6 - Bab 9)



BAB 6



L
iliyana berjalan dalam keadaan sedikit geram. Penolongnya berdiri tanda hormat apabila Liliyana tiba di meja gadis itu. Liliyana cuba membuang perasaan geram yang muncul akibat lelaki di bawah reception itu melanggarnya tadi. Senyuman terukir semula.

“Alia, orang yang nak ditemuduga tadi tu dah sampai ke belum?” Soal Liliyana kepada penolong pengurus atasan hotel itu.
“Oh ya Cik Lili. Dia dah sampai. Cik, Flaura Emilieza namanya. Ada duduk di sana.”Alia menunjukkan arah Ieza duduk di kerusi menunggu. Liliyana pelik melihat Ieza yang hanya diam dan tidak bergerak. Jika dilihat sekali imbas seperti patung sahaja. Hanya gerak nafasnya sahaja yang membuktikan dia manusia.

“Oh, okay. And, tadi Papa… ahmm no-no-no sorry, Encik Darwin kirim salam kat you. He said, jangan malas-malas kerja ya.” Gelak Liliyana apabila menyampaikan kata-kata bekas Pengurus Atasan Hotel Steward itu kepada Alia.
“Oh, waalaikumsalam. Baik Cik Lili.” Senyum Alia lalu menyambung kerjanya di meja.

Liliyana mula melangkah menuju ke arah Ieza. Wah, cantik perempuan ni, macam Nora Danish aku tengok. Harap-harap perangainya cantik juga lah. Bisik hati Liliyana yang semakin mampir kepada Ieza.



Chrome - Background