Wednesday, January 30, 2013

Teruknya!!!


Assalamualaikum... teruknya hari ni!!!

Hurm, apa yang teruk? Well, hari ni first day sekolah selepas seminggu bercuti 'sakit' Kononnya... -_-

Bila datang sekolah, semuanya tak kena, itulah... inilah... haissshhh...

Ada pula yang sound "Kau ni elok cuti sakit lah daripada datang sekolah"
Hahaha... terpinga disitu seketika. Mungkin aku keterlaluan kot. By the way, esok hari Rabu, jadi saya cuba ubah diri saya menjadi baik ya kawan-kawan. Jangan terasa sangat esok kalau saya tukar kepada mood "belajar". Almaklumlah, bila saya happy-happy, ada yang terasa a.k.a sentap. Tengok je lah esok, harap-harap dipermudahkan oleh-Nya. Amin~~~

Okay, time to sleep! Apa-apapun, saya doakan yang terbaik untuk semua, Amin~~
And, alhamdulillah, berkat doa korang, saya hampir sepenuhnya pulih daripada sakit. Semoga Allah S.W.T. membalas budi baik korang :)
Assalamualaikum... :)

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul


Assalamualaikum, hai semua :)

Just nak update sekejap je untuk Maulidur Rasul ni.
Selawat ke atas Rasul, dah buat dah? Hurm,,, selawat ni banyak syafaatnya. Rugi kalau tak buat dan tak rugi kalau buat.

Pada sesiapa yang tak tahu Maulidur Rasul ni, Maulidur Rasul adalah Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Cara nak sambut? Tak payah kek dan lilin seperti kita yang suka bermegah-megahkan hari jadi kita, cuma hanya selawat ke atas Rasul dan membawa sepanduk berarak Maulidur Rasul jika boleh. Hehehe.

Walaupun nampak penat, tapi itulah waktu yang paling gembira sekali ketika berarak. Malam ni? Bukan berarak malam ni, esok pagi lah beraraknya. Hehehe,

Ni selawatnya. Semoga beramal selalu, Assalamualaikum.. :)


Tuesday, January 22, 2013

Off Day...


Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat? Saya kurang sihat hari ni.

Penyakit mesti ada pada setiap manusia cuma kita tak tahu bila ia akan muncul. Hehehe,

Just nak update, aku ambil cuti sekolah lebih kurang seminggu untuk pulih. Hari Isnin hari tu datang sekolah tapi sakit makin menjadi-jadi. Hari ni pula cuti pergi klinik sampai dua kali. Kali kedua pergi klinik, dapat tahu ada penyakit lain pula yang datang kat aku ni.

So, at this time kena rest betul-betul. Esok hari persekolahan dan aku masih bercuti. Lusa Maulidur Rasul jadi memang cuti umum lah. Jumaat pula tak dapat den nak nolong nye... hehhe

Okay lah, kepada reader-reader blog saya, tolong doakan saya semoga cepat sembuh ya! :) Love ya' Assalamualaikum :)

Friday, January 18, 2013

Dua Perkara...


Assalamualaikum semua, semalam aku rasa sangat serba salah atas perilaku yang aku dah buat dekat kawan aku. Hari ni pula, sangat sangat sangat terkilan, disebabkan perilaku yang kawan aku dah buat dekat aku.

Memang tiap-tiap hari persekolahan Form 6 aku ni, mesti ada benda yang nak kikis rasa gembira dalam hati aku ke? Aku tak tahu nak cakap apa dah. *Speechless

Cuma, aku hanya boleh luahkan dalam blog ni je. Harap dapat dikongsi dan korang boleh jadikan iktibar di luar sana.

Dua perkara yang aku nak cakapkan, "keegoan" dan "keadilan"...

Monday, January 14, 2013

Bunuh Hati Dalam Diri...


Assalamualaikum, hai semua. Mungkin entri kali ni agak serius sikit. Dan mungkin perkataan dekat "tajuk" post kali ni agak menakutkan but, tak adalah sampai nak buat kerja gila tu. Berdosa besar...

Mungkin ada sesetengah orang yang kenal aku ni nak sangat perkara ni terjadi. Kerana hasad dengki dan kepuasan diri, diorang ni sanggup buat apa je yang diorang nak. Walaupun kesalahan tu bermula daripada mereka.

Hidup ni susah, tak boleh jadi senang, nanti orang sakit hati. Sanggup tutup aib sendiri dan buka aib orang seluas-luasnya...

Saturday, January 12, 2013

Feelings Around...


Assalamualaikum everyone, and peace yo! Ahm, I'm really worried since yesterday, Am I good in everything? Sure, manusia semuanya tak sempurna betul tak?

Okay, feeling towards someone is a normal things to us as a Homo sapiens. Ya lah, masing-masing ada perasaan. But, bukan perasaan cinta, kasih dan sayang je. Ada banyak perasaan yang kita kena ambil tahu dan ia adalah "Wajib" to know that! Kenapa? Sebabnya...

Monday, January 7, 2013

Serangan 'Kemurungan'


Assalamualaikum... apa khabar semua? Maaf sebab dah lama tak buat entri. Hurm,,, tak tahulah, masuk 2013 ni, aku rasa lain macam betul dekat diri aku ni. Songsang sana sini, jalan pun macam tak betul. Hati ni sepanjang masa rasa 'nervous'. Padahal, duduk depan komputer je. Hah, aku tengah taip blog ni pun, hati rasa berdebar-debar macam nak buat persembahan atas pentas dengan berpuluh-puluh ribu orang jadi audience.

Apakah semua ini? Adakah aku menghidap satu penyakit bernama "kemurungan"?

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru 2013


Assalamualaikum, selamat tahun baru! Alhamdulillah, kita diberi nikmatNya untuk meneruskan kehidupan di dalam tahun 2013 ni. Azam baru? Hurm,,, semua mesti ada kan? Simpan azam baik-baik, dan aku harap korang berjaya dengan apa yang diazamkan.

Sekolah? 19 tahun pun masih sekolah lagi aku ni? Hahaha...


Chrome - Background