Thursday, December 27, 2012

Oh My Guitar!!



Oh tidak!! Oh My Guitar!!! Bunyi dengung sumbang!!! Apa nak buat ni!
Oh, mesti ada masalah dekat tali ni. But, tali baru tukar hari tu. Semua sekali tukar. Sebab apa ya?

Tengok punya tengok, saddle nya yang rosak. Hahaha, kikis tak tentu pasal, tu lah padahnya.
Tapi tak apa, semuanya dah settle dengan bantuan kawan aku, Muhd Riz. Hai Rizal!! ^_^

Penat juga hari ni ke hulu ke hilir nak cari saddle gitar. Tanya Rizal, dia kata ada kat kedai jam, Banting and of course lah tempat lainnya dekat Yamaha AEON Bukit Tinggi. Takkan nak pergi Jusco kot petang ni?

Tuesday, December 25, 2012

Kenduri Dan Famili


Assalamualaikum, hai semua, Selamat Hari Natal. Wah, penat sangat hari ni. Baru balik dari kenduri kahwin. Hahaha, pelik tak?

Tak, bukan, maksud aku, pelik tak bila korang baca Kenduri Kahwin yang berlangsung pada hari Selasa? Pelikkan? Hehehe, Almaklumlah, saudara 'saya' ni mencari kelainan sedikit berkahwin pada Hari Natal ni. Ya lah, public holiday. Lagipun diorang nak buat hari minggu tak boleh sebab dah penuh kenduri kahwin yang "telah diisi" oleh saudara-mara yang lain, hahaha. Mungkin ada la sesetangah daripada korang yang pernah dengar kenduri kahwin pada hari non-weekend. Tapi dalam hidup aku baru first time dengar dan berkunjung di kenduri kahwin tersebut.

Okay lah, taknak cerita panjang-panjang sangat pasal kenduri kahwin hari Selasa ni sebab Cik Fatynn Ameera kita dah cerita dalam blognya semalam. Ni blog dia http://nrlftnmraa.blogspot.com/ , follow-follow lah. Dan jangan lupa follow 'saya' juga, hehehe.

Okay, aku buka cerita. Bagi korang yang duduk dekat-dekat area Jenjarom atau Banting, Kuala Langat ni, korang tahu tak Pasaraya Besar Giant, Banting?

Monday, December 24, 2012

Susah Senang Blogger Bersama


Assalamualaikum, hai semua. Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal blogger-blogger yang baru nak menjalani kehidupan sebagai blogger.

Okay, in my opinion, blogger adalah satu laman sesawang dimana kita boleh berkongsi kepada para pembaca tentang info, mahupun diari kehidupan kita. Memang susah untuk menjadi blogger lebih-lebih lagi zaman sekarang. Ya lah, faham-faham je lah kan. Pembaca zaman sekarang lebih gemar baca blog dalam keadaan yang cantik, kemas dan teratur. Kalau tak cantik, diorang "judge the book by it's cover" la jawabnya.

Sebagai seorang blogger yang berpengalaman selama 3 tahun ni, aku nak kongsikan macam mana nak menarik pembaca dengan lebih berkesan. Harap korang semua dapat terima dengan seikhlas hati (terutama para blogger junior) sebab aku ni bukannya profesional sangat dalam blog-blog. Almaklumlah, saya masih lagi belajar.

Hurm... apa yang aku ingin kongsikan adalah:-

Friday, December 21, 2012

Dunia Berakhir: 2012


Assalamualaikum, salam semua :) Syukur alhamdulillah kita dipertemukan lagi dalam post kali ni. Hehehe

Okay, berkenaan dengan tajuk post aku kali ni, agak unik kan? Ke...agak kasar? Atau...agak melampau!!?
Hahaha, rileks dulu, memang ini yang nak diperbincangkan. Dalam sesuatu perkara mesti ada "isi" dan "huraian" yang secara automatiknya ada tanpa kita sedar.

Kalendar Mayan, suku kaum puak tersebut sangat sinonim dengan penilikan masa. Mungkin disebabkan kepercayaan kaum tersebut, semua kaum, ahmm maksud aku, semua bangsa di dunia termasuk orang putih ke, melayu ke china ke... semua mempercayai tanpa rasa serba salah pada pendirian mereka sendiri. I mean,  masing-masing ada kepercayaan sendiri, tahu kan?

Mungkin korang tak tahu bahawa Kalendar Mayan ni betul juga. YES! Aku cakap betul! 2012 End Of The Year is coming!

Saturday, December 15, 2012

Buat Lagu Lagi?


Assalamualaikum, hai semua. okay, aku nak bercerita sikit pasal beberapa perkara tentang hobi 'saya'.
Hahaha, buat lagu, antara hobi yang memang aku gemari. Lagu apa? A song lah :)

Aku ni suka tulis lirik, but dulu aku tak tahu apa-apa langsung basic ber"muzik". Hanya pandai menyanyi dan menyanyi dan menyanyi....

Hahaha, ada yang kata suara aku tak sedap tapi aku still akan terus menyanyi. Mungkin itu je kot yang dapat menghiburkan hati aku. Bukan aku nyanyi depan orang ramai, hanya sekadar menyanyi di dalam bilik air dan bilik tidur pun dah memadai. Dalam hidup aku, ramai kata-kata tohmahan yang pernah aku dapat di setiap mulut-mulut "laser" kat luar sana. But, aku tetap dengan pendirian aku, biar apa orang kata, asalkan kita tak ganggu hidup orang lain, betul tak?

Well, sejak tahun 2009 lagi, aku dah start making a song! Hobi~~~
Tahun tu aku pendiam sikit, so tak ada siapa-siapa pun yang tahu pasal ni.

Monday, December 10, 2012

Istanbul Aku Datang!


Assalamualaikum, hai semua. Khabarnya baik tak? Hahaha...
Baru je lepas tengok Istanbul Aku Datang dan komen tentang cerita tu agak... [dot dot dot]

Erm, Istanbul, bila sebut negara tu, aku terus ingat Eropah. Hahaha, betul kah?
Well, seperti biasa, aku ni memilih sikit kalau nak tengok filem atau drama. Mula-mula aku dengar filem ni dekat laman sosial facebook dan twitter. Tomok atau Shah Indrawan kata yang dia ada shoot untuk filem Istanbul Aku Datang. So, perasaan aku -_- ...

Tak lah hebat sangat, shoot kat Istanbul je kan. Setakat shoot kat Istanbul bercampur-baur dengan adengan cerita yang kurang menyengat pun, takkan naik sampai box office lah filem tu. Biasalah, industri filem Malaysia sekarang ni dah jelas kelihatan dimana mereka nak cepat untung tanpa memikirkan kualiti sesebuah filem.

Thursday, December 6, 2012

Sombong kah Saya?


Assalamualaikum, hai semua! :)
Ha... mesti korang semua pelik baca tajuk hari ni kan? Sememangnya, itulah kenyataan.
Ok, ramai lagi yang tak mengenali aku jadi disinilah aku nak mulakan ceritanya...

Apa-apapun terima kasih sebab lawati blog aku yang tak seberapa ni. Hehehe, aku harap korang selesa dengan blog aku ni ya.

Pelbagai kisah-kisah kat luar sana yang kata aku ni sombong sikit. Mungkin muka aku kot. Hahaha, aku mengaku muka aku ni sedikit masam. [bukan sikit, banyak lah Hazrul!]
Tapi, jangan lah bersangka yang buruk, aku ni peramah orangnya. [kadang-kadang pendiam tak tentu pasal!]

Wednesday, December 5, 2012

Zaiton: Ceritaku


Assalamualaikum. Salam Perpaduan semua.

Okay, kali ni aku nak cerita sikit pasal sebuah filem yang agak menarik untuk dikongsikan. Tahu tak Filem "Zaiton Ceritaku" ?

Well, memang kurang glamour bagi korang tapi glamour di hati aku.

First time aku tengok filem ni kat astro first, rasa macam tak layan. Tapi memang..., 2 bulan lalu sejak aku tengok trailer nya, memang hati ni dah tak sabar nak tengok.

Hahaha, mungkin tak layan sebab starting filem dah accident. Ingatkan filem ni dia ceritakan zaman kegemilangan Zaiton Sameon. Rupa-rupanya cerita masa dia lepas accident.
Boring~


Tuesday, December 4, 2012

Blog Baru!


Assalamualaikum. Hai semua.
Terima kasih lah sebab sudi masuk dalam entri saya ni. Okay, untuk pengetahuan semua, ini adalah blog kedua saya. Sebelum ni, saya bergerak di dalam blog Hazrul Imagination (http://hazrulputih.blogspot.com).
Kepada sesiapa yang sudah mengenali saya, jangan malu-malu untuk komen. Hahaha.
Okay, memandangkan ini first post dalam blog terbaru, saya nak kemas-kini sikit-sikit. Ya lah, untuk nampak menarik kan. Jadi, thanks for read it!
Saya akan terus post aktiviti-aktiviti dan cerita seharian saya. By the way, perbezaan blog lama dengan blog baru ni adalah, blog yang baru ni lebih kepada diari manakala yang lama tu koleksi cerpen, drama, info dan kajian.

Okay, nanti jangan lupa baca post yang seterusnya!





Chrome - Background