Assalamualaikum, hai semua. Khabarnya baik tak? Hahaha...Baru je lepas tengok Istanbul Aku Datang dan komen tentang cerita tu agak... [dot dot dot]
Erm, Istanbul, bila sebut negara tu, aku terus ingat Eropah. Hahaha, betul kah?
Well, seperti biasa, aku ni memilih sikit kalau nak tengok filem atau drama. Mula-mula aku dengar filem ni dekat laman sosial facebook dan twitter. Tomok atau Shah Indrawan kata yang dia ada shoot untuk filem Istanbul Aku Datang. So, perasaan aku -_- ...
Tak lah hebat sangat, shoot kat Istanbul je kan. Setakat shoot kat Istanbul bercampur-baur dengan adengan cerita yang kurang menyengat pun, takkan naik sampai box office lah filem tu. Biasalah, industri filem Malaysia sekarang ni dah jelas kelihatan dimana mereka nak cepat untung tanpa memikirkan kualiti sesebuah filem.
Tapi, tapi and tapi... pada Hari Raya Aidilfitiri yang ke-2 atau 3 (something like that) yang lepas, 'saya' terkejut apabila tahu yang Redfilms penerajunya!
Dan, otakku melintas-lintas nama Bernard Chauly dan Rafidah Abdullah, Oh My Gucci! (petikan dialog Pisau Cukur)
Mereka adalah pengarah dan penulis skrip serta lakon layar yang terbaik pernah saya jumpa! Dan juga my idol! Terkejut juga bila dengar diorang buat filem lagi tahun ni! And of course! Terus minda saya tertumpu kepada Istanbul Aku Datang!
Sorry Bernard and Rafidah, saya tidak tahu langsung filem Istanbul, korang yang buat. Sorry sorry sorry :'(
Untuk tebus kesilapan saya, filem ni adalah antara filem yang saya akan hormati kerana ia amat berkualiti dan sinematografi yang ermm...menarik juga.
Okay, Redfilms antara produksi kegemaran aku dan ia boleh dikatakan, setiap produk yang dihasilkan, mesti aku akan tengok! Antara filem yang mereka pernah buat adalah Gol & Gincu dan Pisau Cukur. Lakonan Nur Fazura memang aku minat gilerrrr.
Walaupun kedua-dua filem tu nampak macam gedik sikit, tapi jalan cerita dan moment setiap babak tu yang dah covered up semuanya. Itulah kreativiti yang aku selalu pandang dekat Redfilms ni dan kreativiti tu terus pergi ke Gol & Gincu The Series.
Istimewa yang ada pada Rafidah Abdullah ni adalah, L.A.G.U! Part ni yang aku paling suka.
Setiap filem atau drama yang dia buat mesti ada lagu ciptaannya dengan bantuan Audi Mok. Contohnya OAG, Generasiku, Farah Asyikin dalam Pisau Cukur berjudul E.R.T. dan Adira dalam Erti Kawan.
Adira? Yeah! Memberku Hawa juga salah satu produknya. Cuma itu under Red Communication Sdn Bhd lah. Aku tak pasti, ada dua produksi yang berbeza nama, mungkin Redfilms buat filem manakala Red Communication Sdn Bhd tu buat drama kot. Banyak lagi drama yang diorang hasilkan. Aku pun lupa, sebab dah lama kan. Rancangan Informasi macam 3R pun ada. But aku memang suka Nad Zainal dan Cristina Suzzane Stockstill dalam cerita Memberku Hawa, macam happy-happy je. That's why aku suka produksi ni lebih-lebih lagi kalau penulis skrip nya Rafidah Abdullah. Kalau dia ada, mesti ada lagu yang dia cipta. Hahaha.
So, tidak ragu-ragu lagi lah kalau Rafidah Abdullah buat skrip Istanbul Aku Datang. Dan seperti yang aku jangka, nyanyian Tomok dalam lagu Aku Datang adalah ciptaan Rafidah Abdullah bersama Tomok. Dan ceritanya, jangan cakap. Pisau Cukur memerlukan "green screen" untuk kelihatan seperti di dalam kapal tapi, Istanbul Aku Datang tak payah nak guna CGI lagi, view pun dah, "AWESOME!"
Satu filem yang menarik dengan pelakon yang segar lagi. Walaupun jalan ceritanya agak biasa-biasa je, tapi Istanbul dah cukup memberikan filem tu sesuatu yang sangat berkualiti. Part yang paling best bila Lisa Surihani takut dengan kucing. Hahaha, kesian Dian.Beto Kusyairy memegang watak sebagai Harris, roomate dengan Dian (Lisa Surihani) secara tidak sengaja. Kenapa tidak sengaja? Hah, korang tengoklah sendiri, nanti kalau aku cerita, korang tak nak beli pula filem ni. Hahaha.
Tomok, lakonannya bertambah baik selepas drama Cer Citer Cinta dan filem MANTERA. Wataknya sebagai Azad, okay lah juga. Tapi memang sedih cerita ni walaupun happy-happy.
Korang kena tengok, baru tahu, best ke tak.
AMARAN: Siapa yang tak suka filem romantik, jangan tengok! Kalau anda tengok juga, anda kena cari cinta dengan jarak 8000km! Hehehe, gurau je.
Ok, sampai sini je lah aku cerita. Nanti kalau aku cerita lebih-lebih ada yang tak suka pula kan? Hehehe.
So, aku harap korang dapat tengok filem ni. "I hope I hope I hope!"
"Bila dua hidup dah sebati, tak semudah tu untuk dileraikan"
"Tapi kalau benda tu memudaratkan, sakitnya yang kita kena buang juga..."Assalamualaikum semua, bye!




