Tak, bukan, maksud aku, pelik tak bila korang baca Kenduri Kahwin yang berlangsung pada hari Selasa? Pelikkan? Hehehe, Almaklumlah, saudara 'saya' ni mencari kelainan sedikit berkahwin pada Hari Natal ni. Ya lah, public holiday. Lagipun diorang nak buat hari minggu tak boleh sebab dah penuh kenduri kahwin yang "telah diisi" oleh saudara-mara yang lain, hahaha. Mungkin ada la sesetangah daripada korang yang pernah dengar kenduri kahwin pada hari non-weekend. Tapi dalam hidup aku baru first time dengar dan berkunjung di kenduri kahwin tersebut.
Okay lah, taknak cerita panjang-panjang sangat pasal kenduri kahwin hari Selasa ni sebab Cik Fatynn Ameera kita dah cerita dalam blognya semalam. Ni blog dia http://nrlftnmraa.blogspot.com/ , follow-follow lah. Dan jangan lupa follow 'saya' juga, hehehe.
Okay, aku buka cerita. Bagi korang yang duduk dekat-dekat area Jenjarom atau Banting, Kuala Langat ni, korang tahu tak Pasaraya Besar Giant, Banting?
Kenapa? Korang tak tahu ke? Ceyh, rugi lah tak tahu.
Pasaraya Besar Giant, Banting ni kali ni aku rasa best lah pula kan? Hurm, aku dengan famili aku memang dah pasang niat lepas je pergi kenduri kahwin, terus pergi Giant beli barang dapur sikit-sikit.
Giant kali ni banyak kriteria-kriteria yang agak menarik pelanggan berkunjung kat sini. First, parking lot ada bumbung. Sejuklah sikit kereta, kalau tak... berjemurlah kereta-kereta kat situ jawabnya, hehehe.
Masuk je, dah macam AEON Bukit Tinggi cuma perbezaannya, Pasaraya Besar Giant ni tak bertingkat, JJ tu bertingkat. Nampak dari segi reka bentuk bangunan pun agak ~cool~ je.
Dekat bahagian Fresh pula, sayurnya agak menarik dengan kehijauannya. Buah pun nampak segar cuma tak ada banyak pilihanlah berbanding dengan Segi Fresh, Telok Panglima Garang (Pasaraya Raja segala Kesegaran Bahan Mentah).
![]() |
| Me! |
Hahaha, paling aku sensitif dan pandang remeh adalah customer services. Yang ni, memang aku teliti betul-betul. Kalau ada silap sikit memang aku tarik muka. Tapi, aku tak mampu nak 'menarik muka' sebab semua orang kat situ sangat bagus dari segi layanannya. Korang patut datanglah kat Giant sini daripada korang datang kat JJ AEON Bukit Tinggi tuh, nampak je megah tapi customer service diorang teruk sangat.
![]() |
| My Bro, Hazrin! :) |
Kalau ada yang bawa anak kecil tu bolehlah bawa anak-anak main dekat situ. Ala-ala Arena AEON Bukit Tinggi la juga ada tempat khas untuk kanak-kanak. Arcade pun ada, tapi yang Arcade tu kena bayar lah.
Okaylah, sampai sini saja post aku kali ni. Gambar pun tak sempat nak capture banyak-banyak. Almaklumlah, terlalu leka dengan ketersedian Pasaraya Besar Giant, Banting ni. Hehehe.
Ada la juga aku beli Ice Blended ni. Tak sangka murah juga. Sedap pun ada! Hehehe, sorry, dapat tengok gambar je lah ya...
:)
![]() |
| Ice Blended Chocolate Flavour! |








