Monday, December 24, 2012

Susah Senang Blogger Bersama


Assalamualaikum, hai semua. Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal blogger-blogger yang baru nak menjalani kehidupan sebagai blogger.

Okay, in my opinion, blogger adalah satu laman sesawang dimana kita boleh berkongsi kepada para pembaca tentang info, mahupun diari kehidupan kita. Memang susah untuk menjadi blogger lebih-lebih lagi zaman sekarang. Ya lah, faham-faham je lah kan. Pembaca zaman sekarang lebih gemar baca blog dalam keadaan yang cantik, kemas dan teratur. Kalau tak cantik, diorang "judge the book by it's cover" la jawabnya.

Sebagai seorang blogger yang berpengalaman selama 3 tahun ni, aku nak kongsikan macam mana nak menarik pembaca dengan lebih berkesan. Harap korang semua dapat terima dengan seikhlas hati (terutama para blogger junior) sebab aku ni bukannya profesional sangat dalam blog-blog. Almaklumlah, saya masih lagi belajar.

Hurm... apa yang aku ingin kongsikan adalah:-

Blogger Background

Ramai yang tak tahu, disebalik blogger background yang telah disediakan di blogspot.com ni, kita boleh dapat blogger background yang lebih cantik dan menarik. Selama ni, aku cuma cari blogger background dekat Google Images tapi kena cari dengan teliti sebab kalau nak upload blogger background, kena mengikut saiz gambar iaiatu 1800 x 1600 (kurang daripada 300KB).

Tapi, jangan risau, kita guna cara yang senang. Harap ini membantu.
Cuba pergi dekat laman web ni.


http://thecutestblogontheblock.com/

Dekat sini boleh dapat macam-macam selain blogger background. Boleh survey sendiri lah ya.

Aksesori

Pembaca yang demanding ni memang suka sangat kalau ada animation atau aksesori yang lain. Cubalah masukkan aksesori jam, greeting animation (macam Penguwee saya kat bawah kiri tu <3 ) dan macam-macam lagi.

Aksesori ni boleh dapat dekat The Cutest Blog on the block kat atas tadi dan juga di :-

1. http://blogamation.com/
2. http://www.flashvortex.com/
3. http://widgetindex.blogspot.com/

Tutorial nya, semuanya ada kat dalam tu.

Music Player

Pembaca blog ni juga kadang-kadang boring baca blog korang. Disebabkan nak menghilangkan kebosanan kat para pembaca ni, korang boleh letakkan muzik dalam blog! Ada pelbagai cara nak letakkan muzik dalam blog ni, tapi aku just guna SCM Player je. Sebabnya, mudah dan cepat untuk letak muzik kegemaran.


http://scmplayer.net/

Korang boleh letak muzik kegemaran dengan menggunakan link muzik tersebut. Boleh guna link MP3, SoundCloud dan paling best, YouTube.

Tutorial pun ada ditunjukkan.

Cursor

Okay, aku mengaku, cursor (anak panah) memang susah sikit nak buat dan aku masih lagi belajar. Tak pakar sangat. Cuma..., aku boleh bagi hint je lah. Korang boleh search "Tutorial Cursor Untuk Blogger" dekat Google je.

Maaf, ini aku tak dapat bantu sangat, but boleh menarik minat pembaca untuk membaca kalau cursor korang beraneka bentuk.

Website

Benda yang paling korang suka adalah promo website sendiri, betul tak? Haa, kan betul aku cakap. Korang memang paling suka promo-promo twitter la, facebook la, instagram la...

Okay, kalau korang nak memudahkan lagi hasil kerja promo-promo korang tu, korang boleh letak Social Media Icons kat blog korang. Caranya? Mestilah ada caranya.

Untuk memudahkan lagi tugasan meletakkan Social Media Icons macam aku punya dekat atas kanan (Find Me!), korang kena buat akaun Photobucket dulu.

http://beta.photobucket.com/

Lepas tu, korang boleh survey laman-laman web berkenaan. Search je "Social Media Icons Blogger" kat Google.
Lepas dah download media social icons yang korang suka, korang upload pula dekat photobucket akaun korang tu. Then, hahahah, agak tricky sedikit dan memang aku pening untuk buat benda ni. Korang boleh refer dekat link yang kat bawah ni lah. Semoga berjaya untuk buat benda ni! :)

http://beautifuldawndesigns.net/tutorial-add-social-media-icons-to-blogger-step-by-step/
ATAU
http://www.twintough.com/2012/01/how-to-install-social-media-icons-in.html

Pages, Viewer dan Main Picture

Page? Viewer? Main Picture? Apa tu? Ha~~ kat sini aku nak bagi tahu kat korang.

Nampak tak kat atas blog aku tu yang ada tulis "Home", "Biodata" dan "SoundCloud" tu?
Cara nak buatnya senang je. Semuanya ada kat blog ni. Baca instruction betul-betul.

Layout --> Add a Gadget --> Pages

Dekat ruangan yang sebaris dengan Layout tu, korang cari tulisan Pages. Korang boleh edit dekat situ.

Untuk Viewer pula macam aku punya sebelah kiri tu (Thanks For Visiting!)

Layout --> Add a Gadget --> Blog Stats

Dan terakhir sekali, Main Picture. Nampak tak picture yang besar kat atas sekali tu? Ya, yang ada tulis "Hazrul Nizam Official Blog" tu. Yang tu susah sikit, kreativiti dan kesabaran perlu ada untuk buat gambar tu.

Korang boleh search kat Google Image untuk cari gambar yang sesuai. Edit menggunakan Software tersendiri tak kiralah Photoshop ke, Picasa ke dan lain-lain lagi. Ingat ya, kemahiran dan kreativiti perlu ada untuk buat Main Picture tu. Kalau gambar tu besar, korang crop je lah. Mengikut lebar dan tinggi yang sesuai seperti 900x300 ke, atau 850x250 ke.

Kadang-kadang, ada yang tak gunakan Main Picture tu, Ada yang buat tempahan untuk nampak lagi menarik. Yang itu aku tak tahu lagi, masih lagi belajar. Really sorry :'(

Entri dan Post

Okay, aku nak beritahu juga dekat korang yang nak buat blog ni. Entri atau Post yang korang buat janganlah mengandungi unsur-unsur lucah atau kasar. Kalau macam tu, pembaca boleh tarik diri dari membaca blog korang.

Nasihat aku, kalau blog korang cantik seindah megah sekalipun, post korang tu macam errrmmm -_- , janganlah ber blogger langsung. Tersangat tak baik.
Buat post atau entri yang unik dan masukkan elemen-elemen yang menarik seperti info, gambar atau kata-kata yang berunsurkan pengajaran serta iktibar supaya blog korang ramai pengunjung. InsyaAllah.

Membantu tak? Tak? Minta maaf sangat-sangat kalau tak dapat membantu korang. Ini je yang aku mampu berkongsi. Tapi, siapa-siapa yang boleh buat dan menjadi, boleh-boleh lah komen kat bawah tu ya. Hehehe. Tahniah!

Assalamualaikum






Chrome - Background