Hahaha, buat lagu, antara hobi yang memang aku gemari. Lagu apa? A song lah :)
Aku ni suka tulis lirik, but dulu aku tak tahu apa-apa langsung basic ber"muzik". Hanya pandai menyanyi dan menyanyi dan menyanyi....
Hahaha, ada yang kata suara aku tak sedap tapi aku still akan terus menyanyi. Mungkin itu je kot yang dapat menghiburkan hati aku. Bukan aku nyanyi depan orang ramai, hanya sekadar menyanyi di dalam bilik air dan bilik tidur pun dah memadai. Dalam hidup aku, ramai kata-kata tohmahan yang pernah aku dapat di setiap mulut-mulut "laser" kat luar sana. But, aku tetap dengan pendirian aku, biar apa orang kata, asalkan kita tak ganggu hidup orang lain, betul tak?
Well, sejak tahun 2009 lagi, aku dah start making a song! Hobi~~~
Tahun tu aku pendiam sikit, so tak ada siapa-siapa pun yang tahu pasal ni.

Sebagai seorang manusia yang normal, aku hanya buat lagu seakan-akan childish pada mulanya, then, 'saya' start buat cinta, persahabatan dan ketuhanan. Aku juga belajar untuk mendalami dan mengkaji setiap lagu-lagu yang pernah di"agung"kan suatu ketika dahulu. Somestimes, or maybe everytime, experiences are the perfect teacher in our life. Disitulah aku belajar sendiri tanpa pertolongan sesiapa.
Semakin mengkaji dan mengkaji, menulis lirik ni bukan perkara yang mudah. Pelbagai jenis manusia ada cara yang tersendiri. Ada yang buat lirik sebelum menghasilkan score muzik dan ada yang hasilkan score muzik dahulu and then terus buat lirik. Nampak mudah tapi hanya mereka-mereka yang mereka cipta lirik sahaja yang tahu bagaimana ia dihasilkan :)
Sehingga kini, aku masih lagi belajar untuk tulis lirik dan hasilkan lagu. But now, berbeza sedikit. Sekarang dah pandai main gitar tapi masih lagi amateur. Semuanya hasil tunjuk ajar kawan-kawan saya, Muhd Riz dan Shahfiq Ideris. Ada juga sahabat-handai yang turut membantu sikit-sikit. Even, ilmu yang dapat sikit, asalkan namanya ilmu pun kita mesti terima dengan hati yang ikhlas. And, perkara yang paling buruk sekali, jangan sesekali mengungkit macam "Eh eleh, ajar aku sikit je buat apa? Tak ada hasil pun kau ajar aku," No-no-no, jangan lah macam tu ya...
Berdasarkan pengalaman aku lah ya, muzik ni sesuatu yang "perlu" di dalam hidup. Ada macam-macam jenis muzik yang kita tahu. Ada muzik balada, rock, etnik, pop and so on, but maybe ada di antara kita yang tak sedar lagi bahawa, ada beberapa perkara tentang muzik yang boleh memudaratkan kita lalu menyimpangkan kita ke lubang pergaulan bebas. Hurm, cuba kita fikir semula, saya percaya zaman sekarang ni dah ramai remaja-remaja yang bijak pandai lagi laksana. Jadikanlah muzik ini hanya separuh atau mungkin kurang daripada itu dalam hidup kita. Jangan sesekali melibatkan peratusan hidup korang tu dipenuhi 100% alam muzik! Ia boleh mengundang perkara yang mungkin kurang elok kita lihat ya...
Pengalaman lain sebagai seorang penulis lirik, aku mengkaji juga risiko menyanyi dan membuat lagu ni. Lagu hanyalah satu melodi lunak yang dinyanyikan oleh sang penyanyi berkaliber dari segi intonasi, vibrato, picthing dan sebagainya.Tapi ingat! Jangan jadikan lagu itu "ADA"pada diri kita. Khusyuk menghayati lagu sehingga menjadikan diri kita "ADA" dalam lagu tu MEMANG perkara yang juga memudaratkan.
Setiap kata-kata yang kita luahkan seperti suatu doa. Nyanyian adalah hiburan, bayangkanlah jikalau lirik yang kita maksudkan itu bakal terjadi pada diri kita? Lebih-lebih perkara yang kita tak ingini? Putus cinta? atau mungkin pembu...? That's why, nyanyilah sekadar hiburan, jangan kita meletakkan 100% diri kita dalam lagu. Kita boleh lihat sendiri dengan mata kita kepada penyanyi-penyanyi di luar sana. Bagaimana nasib mereka jikalau kita samakan lagu-lagu mereka. Ini bukan kebetulan, tetapi inilah kenyataan. ;(
Ok lah, sampai disini sahaja post aku kali ni. And, thanks kepada Ameer Faliq, Fatynn Ameera, Shahfiq Ideris, Shamsul Iskandar, and my sis, Faizah Ismail yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat lagu mereka. (I'm really sorry kat anda-yang-saya-buat-lagu-ni...,sebab ada yang tak dengar lagi lagu anda) hehehe...
Setakat ni, ada beberapa lagu sahaja yang saya telah cipta, dan korang boleh dengar kat YouTube. Klik link YouTube saya dekat sebelah kiri atas "FIND ME!" And I'm really sorry about the sound. Hehehe, kamera murah je sebab tu jadi macam tu sound nya (Lagi sedap kalau korang pakai headphone atau earphone!).
Dan pesanan terakhir saya kepada junior yang mula berjinak-jinak dalam penulisan lirik ini, banyakkan mengkaji bahasa kita, Bahasa Melayu. Banyakkan baca kamus dan banyakkan mengkaji genre muzik antarabangsa terutama Indonesia. Belajar untuk hasilkan rentak lagu yang berbeza dari sebelumnya, kurangkan penggunaan kata yang sering dimasukkan dalam lirik lagu atau berulang...., dan juga, jangan putus asa. Putus asa adalah musuh setiap kejayaan! Keep it up guys! Assalamualaikum!





