Monday, January 7, 2013

Serangan 'Kemurungan'


Assalamualaikum... apa khabar semua? Maaf sebab dah lama tak buat entri. Hurm,,, tak tahulah, masuk 2013 ni, aku rasa lain macam betul dekat diri aku ni. Songsang sana sini, jalan pun macam tak betul. Hati ni sepanjang masa rasa 'nervous'. Padahal, duduk depan komputer je. Hah, aku tengah taip blog ni pun, hati rasa berdebar-debar macam nak buat persembahan atas pentas dengan berpuluh-puluh ribu orang jadi audience.

Apakah semua ini? Adakah aku menghidap satu penyakit bernama "kemurungan"?


Bila diteliti betul-betul dalam internet, ternyata, semua ciri-ciri penyakit "kemurungan" atau "depression" memang ada pada aku. Kadang-kadang rasa nak marah gila-gila macam nak pecahkan cermin tingkap lah, gelas kaca lah, tapi aku tahan. Dan, akibat aku tahan tu, hati aku rasa berdebar-debar dan membawa ke 'alam' kesedihan. Kata orang, airmata boleh mengubat kesedihan, tapi macam mana pula kalau airmata tu keluar kat hati?

Mata aku ni payah nak keluarkan airmata. Aku tak tahu nak buat macam mana. Paling pelik sekali, semua perkara ni terjadi tanpa sebab-sebab yang berat. Aku yang salah sikit, aku pula rasa macam baran semacam, tapi setakat ni alhamdulillah, sebab aku masih mampu menahan kemarahan. Bila dah tahan marah, rasa sedih lah pula. Sedihnya macam bila-bila masa je datang. Tak ada angin tak ada ribut, terus je sampai dalam hati. Yang sakit, hati juga.....

Aku mengaku, mungkin depresi ni terjadi sebab faktor sekeliling. Aku jenis yang suka jadi "burung hantu" pukul 3-4 pagi baru tidur masa cuti sekolah. Perubahan waktu aku tidur sekarang ni pun 'mungkin' salah satu puncanya. Tapi, dah nak dekat seminggu pulak kan, tak sembuh-sembuh juga penyakit depresi ni. Aku rasa, mungkin faktor lain yang menyebabkan aku murung macam ni. Dan,, faktor tersebut, aku sendiri pun tak tahu.

Kadang-kadang, aku alami kejutan yang teramat sangat macam orang tepuk belakang aku lah, bunyi pensel box terjatuh lah, padahal, bunyinya taklah kuat mana. Tapi, perkara tu buatkan aku macam 'tersentap' terkejut gila-gila.

Aku terfikir juga sejak dari semalam, betul ke aku ni pengidap penyakit 'kemurungan'? Lepas dah baca tanda-tanda atau ciri-ciri penyakit tu, aku rasa memang ada kaitan pun, tapi penyakit tu lepas kita perbanyakkan aktiviti fizikal dan mental akan membantu proses penyembuhan dengan cepat. Tapi, yang musykilnya, makin banyak aku buat aktiviti, makin 'murung' aku rasa.

Aku harap, penyakit 'kemurungan' ni janganlah membawa ke sekolah. Aku nak ambil test penggal 2 tahun ni. Kena gigih sikit. Kalau nak murung pun, murung kat rumah je la.

Anyways, kalau korang baca entri ni, harap korang dapat bantu atau tolong aku apa alternatif lain untuk bantu penyakit ni disembuhkan sepenuhnya? Rasa macam nak meronta-ronta hati ni nak keluar dari dada ni bila tiap-tiap masa rasa berdebar-debar.

Thanks sebab baca entri ni, harap korang boleh tolong. Assalamualaikum..



Chrome - Background