Assalamualaikum, hai semua. Mungkin entri kali ni agak serius sikit. Dan mungkin perkataan dekat "tajuk" post kali ni agak menakutkan but, tak adalah sampai nak buat kerja gila tu. Berdosa besar...Mungkin ada sesetengah orang yang kenal aku ni nak sangat perkara ni terjadi. Kerana hasad dengki dan kepuasan diri, diorang ni sanggup buat apa je yang diorang nak. Walaupun kesalahan tu bermula daripada mereka.
Hidup ni susah, tak boleh jadi senang, nanti orang sakit hati. Sanggup tutup aib sendiri dan buka aib orang seluas-luasnya...
Sepanjang 18 tahun, 2 bulan, 9 hari aku hidup, hanya 5 tahun dalam hidup aku rasa macam ditikam dari belakang. Diorang muncul sekelip mata je depan aku. (Ya, bila aku cakap diorang, maknanya lebih dari dua atau tiga orang...) Apa yang diorang nak, aku pun tak tahu.
But then, aku start sedar, kelebihan yang aku ada ni kena sorok-sorok, kalau tak ada orang dengki.
Memang hidup ni mencabar, dan aku kena ambil tindakan yang inisiatif untuk bersabar selalu. Cikgu aku pernah berkata yang dunia ni memang tak adil. Yang jahat diagung-agungkan, yang baik dicaci hina. Tapi, semua tu hanya sementara, di dunia...
Okay, kalau ini jalan cerita yang aku ada, suratan takdir mesti diteruskan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi kita just follow takdir dan jalan cerita. Ada hikmah yang terselindung di situ.Hurm... alhamdulillah, penyakit "kemurungan" aku dah okay, tapi kalau boleh di undur masa, aku harap, penyakit tu still ada kat aku. Mungkin orang akan kata aku tak bersyukur, cuma kalau itu 'jalan cerita' yang aku ada tanpa mengubahnya, aku kena teruskan juga dengan penyakit tu.
Migrain, sakit kepala, murung, semua ada masa aku sakit, tapi aku tak kisah. Kalau penyakit tu boleh menyingkirkan dosa-dosa kecil, aku still okay with that.
Harap, 'mereka' yang selalu kurang selesa dengan selesa, selesalah lepas ni sebab mungkin korang takkan dapat tengok senyum, gelak dan wajah ceria aku lagi. Itu yang korang nak kan?
Apa-apapun, selamat menyambung pelajaran sehingga ke menara gading.
Yang ikhlas, Assalamualaikum...



