BAB 6
|
L
|
iliyana berjalan dalam keadaan sedikit geram.
Penolongnya berdiri tanda hormat apabila Liliyana tiba di meja gadis itu.
Liliyana cuba membuang perasaan geram yang muncul akibat lelaki di bawah reception itu melanggarnya tadi.
Senyuman terukir semula.
“Alia, orang yang nak ditemuduga
tadi tu dah sampai ke belum?” Soal Liliyana kepada penolong pengurus atasan
hotel itu.
“Oh ya Cik Lili. Dia dah sampai.
Cik, Flaura Emilieza namanya. Ada duduk di sana.”Alia menunjukkan arah Ieza
duduk di kerusi menunggu. Liliyana pelik melihat Ieza yang hanya diam dan tidak
bergerak. Jika dilihat sekali imbas seperti patung sahaja. Hanya gerak nafasnya
sahaja yang membuktikan dia manusia.
“Oh, okay. And, tadi Papa… ahmm no-no-no
sorry, Encik Darwin kirim salam kat
you. He said, jangan malas-malas
kerja ya.” Gelak Liliyana apabila menyampaikan kata-kata bekas Pengurus Atasan
Hotel Steward itu kepada Alia.
“Oh, waalaikumsalam. Baik Cik
Lili.” Senyum Alia lalu menyambung kerjanya di meja.
Liliyana mula melangkah menuju ke
arah Ieza. Wah, cantik perempuan ni, macam Nora Danish aku tengok. Harap-harap
perangainya cantik juga lah. Bisik hati Liliyana yang semakin mampir kepada
Ieza.
“Hi, Cik Flaura Emilieza ya? Saya
Liliyana Darwin, pengurus atasan hotel di sini.” Perilaku Liliyana ketika
menghulurkan salamnya kepada Ieza itu persis seperti dia melayani Wana pagi
tadi. Namun, salamannya lambat pula dibalas oleh Ieza. Ieza mendongakkan
kepalanya melihat Liliyana. Dia berdiri dengan penuh disiplin. Wajahnya tiada
menunjukkan sebarang reaksi suka atau marah. Dia menyambut salam Liliyana.
“Ahm… lama ke tunggu?” Soal
Liliyana setelah melihat sikap pelik Ieza.
“Tak juga.” Sepatah yang disoal,
sepatah juga yang di jawabnya. Begitulah sikap dingin Ieza yang membuatkan
sesiapa mengenalinya pasti rasa kurang selesa.
“O-okay… maaf sebab CEO Hotel
Steward ni belum sampai lagi sebab dia ada appointment
dengan client. Tunggu sebentar ya.”
Rasa serba salah Liliyana timbul di hati. Mana tidaknya, Encik Saif
menangguhkan temuduga ini tanpa memberitahu kepada Cik Emilieza. Hampir satu
jam dia tunggu di kerusi menunggu itu. Aduh, mana Encik Saif ni? Takkan lama
lagi dia jumpa Encik Awira kot. Cik Emilieza ni pun nampak macam ‘seram’ je.
Takut pula aku kalau dia marah ke apa. Kata Liliyana di dalam hati.
MUKA pintu lif terbuka. Iwan keluar
menapak dengan pantas. Ketegasan di pejabat masih lagi dikekalkan walaupun hatinya
baru sahaja luntur sedikit mendengar kisah Wana di Taman Hotel Steward tadi.
Kenapa agaknya aku sanggup dengar cerita dia? Apa yang special sangat dekat dia tu? Iwan menutup mata menarik nafas
dalam-dalam untuk menghilangkan bisikan hatinya. Sejurus sahaja dia tiba di
hadapan ruangan pintu masuk biliknya, Liliyana menegur dengan pantas.
“Encik Saif, Orang yang nak
ditemuduga hari ni tu dah lama sampai.” Iwan terhenti.
“Suruh dia masuk.” Dia membuka
pintu biliknya dan masuk dalam keadaan yang serius. Liliyana pula mengikut
arahan yang diberi. Dengan pantas, dia menjemput Ieza masuk ke dalam bilik
pejabat Iwan.
Ketika Ieza sedang berdiri dari
tempat duduknya, Iwan keluar dari pejabat dan berpatah semula ke arah Liliyana.
“Lili, bawa sekali Irzatti Wana
masuk ke dalam pejabat saya.”
“Ahm.. baiklah.” Eh, kenapa pula
Abang Iwan nak jumpa Chief Security
Officer baru tu? Dia ada buat salah apa-apa ke? Sepintas lalu Liliyana
berfikir akhirnya mindanya mula mengumpul sangkaan. Oh, jangan-jangan pasal kes
aku kena langgar tadi tak? Wana ni pun satu, takkan dia kejar lelaki tu, lepas
tu dia terlanggar Abang Iwan pula? Aduh…! Keluh Liliyana dalam diam. Ieza mula
menapak ke bilik pejabat Iwan tanpa menghiraukan Liliyana di hadapannya.
Kelakuan Ieza itu menambahkan lagi rasa ‘seram’ dalam diri Liliyana. Entah
kenapalah aku ‘seram’ dengan dia ni. Macam robot dah aku tengok!
“WAH, miss. Saya nampak tadi Miss dengan
siapa” Azyad tersenyum sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya kepada Wana
tanda mengetahui satu rahsia. Afiq datang dekat sambil memberi secawan air
panas kepada Cik Wana dan Azyad di atas meja. Wana memandang Azyad. Wajahnya
yang sedih itu tersenyum sedikit lalu menarik nafas untuk bertenang. Apa pula
si Azyad ni nampak? Dia nampak aku dengan Encik Saif ke tadi?
“Awak nampak apa Azyad?” Wana
membalas dengan penuh tenang dan sopan.
“Tadi kami nampak miss duduk berdua dengan Encik Saif tadi
kat taman hotel.” Afiq meneguk air panas sedikit sambil matanya mengharapkan
kiasannya itu difahami oleh Wana.
“Oh, tadi ya? Saya penat. Kejar
lelaki yang berlari kat reception
tadi, korang tak nampak ke? Tu yang tertidur sekejap dekat bangku tu.” Wana bijak
menutup cerita dengan airmukanya yang serius.
“Lelaki? Yang mana?” Azyad
terpinga-pinga. Afiq pula bingung tidak memahami siapa lelaki yang dimaksudkan
oleh Wana.
“Hah…!” Wana memukul lengan
kedua-dua pekerja bawahannya itu.
“Korang round berdua lepas tu tak sedar saya tengah bergelut dengan ‘mamat’
mana entah langgar Cik Liliyana kat depan tadi. Mana taknya tak tahu. Dah
sambung kerja.” Tegas Wana namun kemanjaannya masih lagi tampak. Azyad dan Afiq
ketawa kecil.
“Sorry miss. Kami tak
perasan.” Afiq bersuara.
“Tak apalah, benda dah jadi kan.”
Wana mula mengukir senyuman.
“Miss, miss baru je mula
kerja, tapi kitorang rasa selesa dengan miss
lah. Tak yang sebelum ni punya chief.
Nak berbual bergurau-gurau macam ni pun tak boleh.” Azyad meluahkan
kata-katanya seperti membodek Wana.
“Jadi, buatlah kerja tu baik-baik.
Saya dah kurangkan tegas ni pun, jangan korang semua malas kerja.”
“Tapi salute lah kat miss.
Muda-muda lagi dah jadi chief. Ahmm… miss dah ada boyfriend ke belum?” Dalam diam, Azyad merisik-risik hal peribadi
Wana. Mana tidaknya, kali pertama mereka bekerja dengan chief yang cantik dan berpengalaman seperti Wana. Perempuan pula
tu.
Pejabat security officer yang kelihatan sungguh mewah itu didatangi bunyi
ketukan pintu dari luar. Liliyana masuk dan menyebut nama Wana.
“Cik Irzatti Wana. Encik Saif nak
jumpa sekejap kat pejabat dia. Sekarang ya.” Liliyana meninggalkan pejabat itu
dengan senyuman.
“Oh, okay. Azyad, Afiq, jaga CCTV
ni. Kalau ada yang nampak pelik je, terus hantar team pergi siasat, okay?” arah Wana sebelum menjejakkan langkahnya
keluar dari pejabat itu untuk bertemu dengan Iwan.
“Baik miss!” Tabik Azyad dan Afiq.
BAB 7
|
I
|
eza duduk tegak di kerusi menghadap Iwan. Iwan pula hanya
memandangnya sahaja dengan menggenggam tangan dan ditongkatkan di atas meja
sehingga ke paras dagu. Matanya melihat Ieza seperti menganalisis sesuatu. Ieza
memandang Iwan tanpa sebarang reaksi pun di wajahnya. Terasa seperti seorang
manusia ingin menemuduga sepasang robot wanita pula di pejabat CEO itu.
“Berapa lama awak tunggu?” Iwan
menyapa di dalam posisi tubuhnya yang tidak bergerak.
“1 jam” Ieza menjawab sepatah.
Wajahnya masih lagi tidak bertukar reaksi.
“Baiklah, kalau awak rasa ia satu
kesalahan yang sukar untuk dimaafkan, awak boleh pergi sekarang.” Iwan tetap
dengan pendiriannya. Sikapnya yang sentiasa tenang itu tidak sesekali
mengeruhkan suasana. Dia mula menyambung kerjanya dengan menyelak-nyelak
dokumen di atas meja. Ieza mula menarik nafas. Dirinya tak bergerak seinci
langsung walaupun Iwan menganggap bahawa dia akan bertindak untuk memarahi CEO
Hotel Steward itu kerana tidak menepati masa bertemuduga.
“Maafkan saya…” Ieza bersuara
menyebabkan Iwan terhenti menyelak dokumen tersebut.
“Rugilah saya kalau… saya pergi
tanpa ditemuduga. Satu jam menunggu bukanlah satu kesalahan yang besar.” Dengan
penuh lancar Ieza berkata-kata. Minat Iwan mula diraih apabila melihat disiplin
yang ada pada diri Emilieza ini. Bibirnya menarik senyuman ke pipi kanan. Iwan
mula fokus pada Ieza.
“Okay, kerja personal assistant saya senang sahaja. Sentiasa faham apa tindakan
yang saya akan lakukan pada setiap keadaan. Tidak perlu mengulangi jadual dan
rutin diari saya di pejabat sebabnya, minda saya cekap.” Mulut Iwan tak
putus-putus menerangkan tanggungjawab personal
assistant mengikut citarasanya. Tangannya pula terus membelek resume’ Ieza manakala matanya lincah
meneliti dan membaca maklumat peribadi wanita itu.
“Saya lebih suka kalau personal assistant saya memberi maklumat
atau info ketika berjumpa dengan saya di pejabat dari awal hingga habis. Tidak
bagi saya jika PA itu berpatah semula untuk memberitahu maklumat yang dia lupa
sewaktu pemberitahuan itu kepada saya.” Iwan berhenti membaca maklumat diri
Ieza. Pandangan Iwan meniti semula ke wajah Ieza.
“Jadi, awak terima kerja ni?”
Keadaan senyap seketika di dalam pejabat yang lapang itu.
“Ya… saya terima.” Airmukanya seperti tidak runsing ataupun
gelisah dengan citarasa cerewet CEO Hotel Steward ini. Perasaan Ieza seperti
sudah mati dan tidak lagi bernyawa. Hal inilah yang menjadikan Iwan sangat
pelik. Namun, hanya kerutan dahinya sahaja kelihatan, wataknya masih lagi
tenang. Ya, itulah CEO Hotel Steward! Tidak pernah mengaku kalah untuk tidak
mempamerkan reaksi senyuman dengan orang yang baru sahaja dia kenali.
“Okay, awak boleh mula esok. Meja
akan disediakan nanti oleh Cik Liliyana di luar. Dan seperkara lagi…” Pintu
diketuk tiga kali. Suara Iwan mati seketika. Bunyi kasut menapak di pejabat CEO
itu setelah tombol pintu ditolak. Wana tersengih apabila menyedari Iwan sedang
menemuduga seorang wanita yang kelihatan amat cantik baginya.
“Ya, Cik Wana. Sila duduk.” Iwan
menjemput gadis itu duduk di sebelah Ieza. Suasana seperti hidup di dalam
pejabat itu. Keseriannya terselah apabila dinyalakan ketampanan seorang jejaka
ditemani dua orang jelitawan. Wana tersipu-sipu ketika menggerakkan kerusi
untuk duduk di sebelah PA baru itu serta berhadapan CEO Hotel Steward. Apa yang
kau nak malukan ni Wana? Dia duduk sebelah kau tadi, takde pulak kau malu-malu.
Feeling lebih sangat kau ni. Leter
kata hatinya.
“Awak, sudah pun menjadi PA saya
secara rasmi…” Iwan menunjuk arah matanya kepada Ieza. “Dan awak, secara
rasminya juga, akan menjadi Chief
Security Officer serta, personal
security saya.” Iwan berpaling kepada Wana. Wana terkejut. Mulutnya
ternganga sedikit setelah mendengar pengesahan jawatan daripada Iwan. Apa semua
ni? Dua jawatan dalam usia kerja aku yang tak sampai satu hari? Biar betul
Encik Saif ni?
“Baiklah, awak berdua boleh pergi…”
Suara Iwan dipotong oleh Ieza secara tiba-tiba.
“Maaf, Encik Saif. Apa seperkara
lagi yang Encik Saif nak cakapkan pada saya?” Rasanya itulah soalan yang
terakhir daripada Ieza sebelum dia pulang dari sesi temuduga yang ringkas ini.
“Oh… seperkara lagi. Hotel Steward,
bertaraf lima bintang. Kekalkan kecemerlangannya melalui prestasi kerja awak
supaya harumannya terus beraroma dari dapur, hingga ke pejabat atas CEO.” Iwan
melebarkan tangannya menandakan kemegahan Hotel Steward tersebut.
“Baik Encik Saif. Jadi… saya pulang
dulu.” Ieza bangun dengan tatatertib yang sopan. Dia menundukkan sedikit
kepalanya ke arah Iwan. Satu persatu langkah di ambil untuk keluar dari pejabat
Iwan. Fikirannya, dia tahu bahawa bermulalah tugas sebagai seorang PA kepada
CEO Hotel Steward bertaraf lima bintang.
Wana masih lagi terduduk. Hati mula
memainkan peranan. Samada mahu gembira atau sebaliknya. Kekeliruan mengganggu
emosi Wana. Apa semua ni? Sekali lagi kata hatinya itu mengulangi ayat yang
sama. Adakah nasibnya sangat baik hari ini atau hanya sekadar gurauan
semata-mata? Berkemungkinan juga disebabkan perasaan simpati Encik Saif setelah
mendengar kisahnya di Taman Hotel Steward beberapa detik yang lalu.
Berbaur-baur aneka sangkaan di dalam kepalanya. Dengan tindakan yang berani dia
telah memutuskan untuk membidas semula kata-kata Iwan itu. Wana mula memandang
tajam ke arah Iwan.
“Encik Saif. Encik tak boleh bagi
saya dua jawatan dalam satu masa.” Iwan meninggalkan penglihatannya pada
dokumen atas meja itu dan beralih kepada Wana.
“Matilah saya kalau dua-dua jawatan
saya pegang. Macam mana saya nak jaga pekerja bawahan saya, lepas tu,saya jadi personal security Encik Saif?” Suara
Wana sedikit tinggi.
“Awak boleh berdiri sekarang?”
Arahan Iwan itu pantas dipatuhi oleh Wana.
“Ya, saya berdiri sekarang.” Wana
berdiri. Wajahnya masih lagi tidak puas hati.
“Tarik nafas dalam-dalam dan
helakan.” Arahan kedua keluar dari mulut Iwan. Wana menarik nafas
sedalam-dalamnya dan dihelakan bersama-sama emosi geram di dalam hati.
“Tahniah.” Iwan menyambung
kerjanya.
“Tahniah? Untuk apa?” Tanya Wana
dengan penuh kebingungan.
“Tahniah, awak masih hidup lagi.”
Selamba sahaja Iwan menjawab.
Ewah! Mamat ni memang nak bergurau
ke apa dengan aku? Aku tengah serius, boleh pula dia buat lawak! Hish… apa aku
nak buat dengan dia ni. Melampau betul.
Iwan berdiri dan berjalan menuju
keluar. Wana melihat tindakan Iwan itu, cepat-cepat dia menghalang jalan Iwan.
“Tu-tunggu dulu!” Wana bersuara
namun tubuh yang menghalang Iwan itu tidak dipedulikan. Iwan melangkah ke kiri.
Wana mengikut sahaja rentak kaki Iwan agar dapat menghalang jalannya.
“Sekejap!” Wana bersuara lagi. Iwan
beralih setapak ke kanan. Kali ini Wana membiarkan sahaja Iwan berjalan. Dengan
perasaan yang tersimpan ketidakpuasan hati, dia meninggikan suara ke arah Iwan
seperti yang telah berlaku pada malam semalam. Kejadian di shopping complex yang tidak dapat dilupakan kedua-dua oleh mereka.
“Hei! Saya tengah cakap dekat awak!
Tolong berhenti!” Tanpa disedari, Wana terlepas katanya memanggil ‘awak’ kepada
Iwan. Langkah Iwan berhenti. Giginya diketapkan. Tubuhnya pantas memusing ke
arah Wana. Wana terkejut. Dia mula panik. Sekejap, aku panggil dia awak ke?
Aduh… kenapa mulut aku ni senang sangat terlepas cakap?! Sepatutnya Encik!
Encik Saif! Bukannya ‘awak’! Reaksi Wana mula berubah dari marah kepada sedikit
gementar. Ya Allah, apalah mamat ni nak buat kat aku kali ni? Detik hatinya.
Iwan menapak perlahan-lahan. Jarak
antara Iwan dan Wana dimakan selangkah demi selangkah oleh Iwan. Tubuh Iwan
merapati Wana yang sedikit-sedikit mundur ke belakang sehinggalah rapat ke
dinding pejabatnya. Wana menoleh ke kiri sambil menutup mata. Tangan kanan Iwan
dilekapkan ke dinding untuk menongkat bahu. Kepalanya ditunduk sedikit sehingga
ke paras telinga Wana. Secara romantik, Iwan melafazkan seutas kata-kata.
“Maafkan aku… sebab buat macam ni
dekat kau semalam” Wana membuka matanya. Hatinya mula tenang manakala
jantungnya sedikit demi sedikit memperlahankan degupan.
Iwan menjauhkan dirinya dengan
mundur dua tapak. Wana menghela nafas. Kakinya ditegakkan. Keadaan kembali
normal. Wana memandang Iwan dengan pandangan yang tidak tahu untuk diungkapkan.
Kenapa… aku tak marah? Aku… dah terpukau dengan wataknya ke? Atau dia yang
terlalu memukau?
BAB 8
|
“M
|
ana budak bertuah ni? Aku call tak mengangkat. Bukan end
shift ke? Pukul 8 malam dah.” Bebel Wafi di hadapan bakeri miliknya. Wafi
tak henti-henti membelek telefon bimbit dan mendail nombor Wana. Risau dan
kesahnya terhadap Wana itu atas kerana serba salah tidak memberitahu adiknya
bahawa dia pulang lewat ke rumah hari ini. Rumahnya pula dikunci manakala Wana
tidak membawa kunci pendua. Harapan hatinya agar Wana singgah sebentar di
bakerinya dahulu sebelum pulang ke rumah.
Kelibat
setubuh wanita berjalan perlahan-lahan. Muncung masamnya itu dapat dilihat
walaupun dari jarak yang jauh.
“Hah, nasib baik kau lalu depan
bakeri aku ni. Kalau tak, meraung sampai aku baliklah jawabnya kat depan pintu
rumah.” Leter Wafi setelah melihat Wana berjalan perlahan-lahan menghala ke
bakerinya. Telefon bimbitnya disimpan ke dalam poket.
“Hei, Wana! Mari sini. Cepat
sikit.” Wafi memanggil Wana. Wana yang hanya memandang bawah jalan terus
mendongak sedikit menangkap suara yang memanggil. Matanya mula memerhati dan
mengenalpasti empunya suara itu.
“Oh, abang. Kau ni, panggil aku
macam nak minta nyawa pula.” Suara Wana masih lagi lesu. Lesunya suara itu dapat
menggambarkan perasaannya terhadap kejadian yang berlaku petang tadi.
“Nah, aku nak bagi kunci rumah ni.
Aku balik lewat, biasalah, budak-budak kerja aku tu tak boleh nak tinggal
sekejap, huru-haralah kedai aku nanti. Lagi-lagi nanti nak buat jamuan
bakerilah, spring cleaning lah…,”
Wafi terhenti setelah adiknya mengambil kunci rumah dalam keadaan yang sedih.
Wajah Wafi terus berubah.
“Dik, kau dah kenapa? Ada orang
buli kau ke?” Suara leteran Wafi itu berubah kepada suara seorang abang yang prihatin.
“Tak adalah bang. Banyak benda yang
terjadi dekat tempat kerja tadi.”
“Ceritalah satu-satu.” Wafi
menunggu helaan nafas Wana dihembuskan. Keluhan itu sudah Wafi tahu bahawa
adiknya tidak bermaya.
“Berita gembiranya, adik dah
dilantik dua jawatan dalam satu masa, chief
security officer dan personal
security CEO Hotel Steward.”
“Wow! Great! Congratulations!
Tapi… yang sedihnya?”
“Hurm… kau ingat masa aku kerja private security dekat Wira Adrina
dulu?” Wafi mengangguk sahaja apabila mendengar kata-kata Wana.
“Puan Adrina, dah meninggal dunia.”
Airmata Wana mula bergenang. Namun, tangisannya masih lagi dapat bertahan. Wafi
memegang bahu kanan Wana.
“Look sis, abang tahu kau sayang sangat dengan Puan Adrina, mak
angkat kau tu tapi, kau kena sentiasa positif. Kau tak boleh suram macam ni.”
“Wana tahu. Tapi rasa kesal sebab
Wana berhenti, tak dapat nak protect perangai
suami dia yang miang tu. Kau pun tahu kan ceritanya.”
“Ya, aku tahu. Khabar berita ni,
macam mana kau dapat tahu?”
“Suami dia datang dekat Hotel
Steward. Ada appointment dengan CEO.”
Wana cuba menghentikan rasa sedihnya. “Tapi, suami dia, Encik Awira dah apologize. Maybe, dia dah sedar kesilapan dia, itupun, after isteri dia meninggal.”
“Dah-dah lah tu. Semua tu ada
hikmahnya. Kita yang hidup ni, sedekahkan Al-Fatihah untuk rohnya. Aku tak
sukalah tengok adik aku ni sedih-sedih first
day kerja, dapat jawatan baru lagi, bonus
tu.”
Wana mengelap matanya yang
bergenang itu. Senyumannya mula terukir. Pujukan Wafi itu benar-benar menyuluh
semangatnya kembali. Betul kata Wafi tu, mungkin ada hikmah. Kalau aku tak
berhenti kerja dekat Syarikat Wira Adrina, mungkin Encik Awira masih buta
dengan kesilapan yang dilakukan. Dan, kalau sampai sekarang aku masih lari dari
kehidupan mereka, mungkin aku takkan tahu Puan Adrina meninggal. Disebabkan
kisah inilah, aku tak tersengaja meluahkan segala perasaan sedih aku kepada
Encik Saif, merangkap CEO hotel ternama tu.
BAB 9
|
K
|
atil yang empuk itu sudah pun memanggil tuannya untuk
melabuhkan lena. Wana meletakkan handphonenya
di sebelah kepala. Dia baring sambil termenung seorang diri. Malam kian
menjamah waktu. Bertemankan teddy bear dan
bantal, Wana mengimbau semula kejadian siang tadi bersama CEO Hotel Steward
itu.
Baginya, ia terlalu cepat berlaku
dalam hidupnya hari ini. Pertama, dia mula bekerja dan dilayani dengan baik
oleh Cik Liliyana serta pekerja bawahnya, Azyad dan Afiq. Kedua, rindunya
terhadap ibu angkatnya, Puan Adrina terbalas jua apabila Encik Awira memperakui
kesalahannya dan dia telah menyampaikan kata-kata terakhir Puan Adrina. Kalau
tidak, sehingga kini Wana masih tidak tahu samada Puan Adrina masih hidup
ataupun tidak. Ketiga, dia dinaikkan pangkat pada hari pertamanya dia bekerja
di Hotel Steward itu. Bagai bulan jatuh ke riba. Wana seakan tidak percaya pada
dirinya. Tetapi, mengapa Iwan memberi dia jawatan tersebut? Sedangkan, jawatan personal security adalah salah satu
jawatan dimana hanya orang-orang yang tertentu sahaja boleh memegangnya atas
dasar kepercayaan, kesetiaan dan amanah yang tinggi. Encik Saif baru saje kenal
aku tak sampai setahun, sebulan pun tak capai lagi. Takkan semata-mata rasa
simpati dia dekat aku? Sebab apa ya dia percaya sangat dengan aku ni?
Persoalan itu menjadi tanda tanya
Wana terhadap Iwan. Namun, perasaannya mula melayang-layang ke awana dengan ketampanan
CEOnya itu. Hatinya berbunga-bunga bila menggambarkan wajah Iwan. Tali-tali
rindu mula mengikat emosi. Mengimbau semula peristiwa Wana dan Iwan di pejabat
tadi.
“Maafkan
aku… sebab buat macam ni dekat kau semalam” Iwan menggerakkan kepalanya
sedikit.
“Aku
tak patut buat kau macam ni semalam. Ya, lepas je dengar kisah kau kat taman
tadi, aku rasa bersalah. Sebetulnya aku memang ikhlas untuk ambil kau kerja
sebagai personal security aku.”
“Tapi,
Encik Saif, saya tak boleh jadi bodyguard Encik Saif sepanjang masa…” balas
Wana.
“Bukan
sepanjang masa, tetapi hanya masa-masa yang tertentu.”
“Saya…”
Wana tidak tahu untuk membalas apa-apa.
“Aku
tahu kau boleh. Orang separuh abad macam Encik Awira tu kau boleh bekerja
dengannya, apatah lagi orang yang tampan macam aku ni.” Bibir Iwan tersenyum
sedikit.
“Lainlah
kalau, aku ni handsome sangat sampai kau tolak tawaran aku.” Senyum Iwan itu tidak
sampai nampak giginya.
“What?”
Airmuka Wana berubah. Poyo nya mamat ni!
“Kenapa?
Kau tak sanggup ke?”
“Okay,
saya boleh kerja dengan Encik Saif tapi, apa motif sebenarnya Encik Saif buat
tindakan melulu macam ni. Macamlah saya dah kenal Encik Saif bertahun-tahun
lamanya.”
“Beginilah
Wana. Anggaplah, ini sebagai tanda minta maaf aku dekat kau dan juga terima
kasih, sebab kau sudi berkongsi cerita dengan aku pasal kehidupan kau dulu.”
Wana
mula terasa. Sepatutnya dia yang berterima kasih kerana Iwan sanggup
menunggunya di bangku taman dan meminta maaf atas sebab mencampuradukkan kisah
hidupnya dengan Iwan.
“Eh,
sepatutnya… saya… yang patut minta maaf sebab saya bercerita dengan Encik Saif
pasal hidup saya. Terima kasih sebab sudi dengar kisah saya Encik… Saif.” Wana
tunduk ke bawah. Tangannya menggenggam sesama sendiri tanda malu.
“It’s
okay.” Iwan mengubah personalitinya daripada Iwan, lelaki yang tenang kepada
Encik Saif, CEO Hotel Steward. “Mulai esok, awak akan menjadi personal security
saya. Awak akan bekerja sebagai Chief Security Officer tetapi, bila
perkhidmatan awak diperlukan, saya akan panggil awak berjumpa dengan saya.”
Iwan menerangkan secara terperinci dan bagi Wana, penerangan itu sudah cukup
untuk memulakan kerjanya esok.
“Baik,
Encik Saif.”
IWAN duduk di bibir katil. Dia
termenung seketika. Wanita yang dicari selama ini akhirnya bertemu jua. Seperti
satu suratan dan takdir menemukan dia dengan Irzatti Wana, seorang bekas polis
wanita 3 tahun yang lalu. Seperti biasa, dia mengambil segelas air kosong di
meja sebelah katil. Dua tiga tegukan sudah cukup untuk dia membasahi tekak
sebelum tidur. Seraya dia meletakkan gelas itu, dia melihat tangan kanannya.
Ya, tangan kanan itulah yang menongkat bahunya di dinding ketika merapati Wana
siang tadi. Iwan tersenyum. Nampaknya, kedua-dua tangan kau dah mencipta
sejarah Iwan. Detiknya di dalam hati. Perasaan Iwan seperti mula terpikat
dengan gadis si hidung mancung itu tetapi, walau apa pun, dia perlu melunaskan
tugas sebagai seorang anak yang memegang amanah arwah ayahnya. Teringat pula
kata-kata yang disampaikan oleh Encik Awira kepada dirinya semasa perjumpaan
siang tadi.
Encik
Awira dan Iwan berjalan menuju ke luar bilik mesyuarat bersama anak-anak buah
syarikat Encik Awira. Semasa berjalan keluar, Encik Awira memberi isyarat untuk
membiarkan dirinya bersama Iwan sahaja seperti ingin menyampaikan satu
perbualan peribadi. Apabila isyarat itu diberi, anak-anak buah syarikat Encik
Awira mula menapak meninggalkan mereka berdua. Encik Awira membuka kata.
“Saya
tak sangka, rupa-rupanya arwah sahabat saya tu, ada anak lelaki yang segak.
Bukan segak saje, pandai juga menguruskan perniagaan sebesar ini. Kamu tahu,
usia kamu sebegini, ramai lagi terkapai-kapai memulakan kerjaya.” Puji Encik
Awira itu hanya dapat melukiskan senyuman biasa oleh Iwan. Iwan tidaklah
berbangga besar. Baginya, itu satu-satunya tanggungjawab sebagai harta warisan
tunggal arwah ayahnya.
“Terima
kasih. Oh ya, Encik Awira kenal ayah saya?” Satu soalan yang telah dijangka oleh
Encik Awira.
“Ya,
saya kenal. Dialah yang menyamar jadi seorang lelaki berbaju tebal dan
berseluar sukan. Sampai saya tak menyangka, dia pemilik hotel lima bintang ni.”
Tawa Encik Awira sambil tangannya menepuh bahu Iwan.
“Izwan,
ayah kamu dulu suka menghabiskan masanya di kedai kopi bersama saya. Dia ada
cerita pasal anak terunanya tapi, takde lah terperinci sangat”
“Mungkin
masa tu, saya ada di luar negara dalam pengajian.” Celah Iwan.
“Ya,
mungkin juga. Tapi, satu saje kisah yang paling saya ingat. Dia nak sangat
berjumpa dengan seorang perempuan yang menyelamatkannya masa dia diculik. Kes
tu juga pernah suatu ketika dahulu menjadi bualan orang ramai.”
Mendengar sahaja cerita yang
dikatakan oleh Encik Awira itu, Iwan terus peka.
“Tapi, apakan daya, harapannya tak
kesampaian.” Mendengar sahaja kata-kata itu, Iwan mula tenang. Dia juga cuba
mencari siapakah gadis yang telah menyelamatkan ayahnya ketika kejadian
tersebut. Itu juga salah satu amanah ayahnya untuk mencari gadis tersebut sebelum
menghembuskan nafas yang terakhir.
“Tapi, apa-apa pun, tahniah Izwan.
Tahniah sebab kamu dah tunaikan hasrat ayah kamu itu walaupun dia dah takde”
Iwan tersentak. Kata-kata Encik Awira itu seperti kilat yang memanah ke jantung
hati Iwan. Apa yang Encik Awira maksudkan?
“Ahmm… hasrat apa Encik Awira?”
Wajah Iwan berubah.
“Wana? Wana lah perempuan yang
menyelamatkan ayah kamu. Dia pernah menjadi personal security saya dan masa tu
jugalah, ayah kamu tahu. Sedang saya mengaturkan perjumpaan mereka, ayah kamu kemalangan.”
Encik Awira menerangkan rahsia yang sudah lama menjadi simpanan tanda tanya
Iwan. Iwan mula terkejut.
“Maksud Encik Awira, ayah saya
kemalangan… sebab hari tu dia nak berjumpa dengan Wana? Wana tu, polis yang
selamatkan ayah saya?”
“Ya. Saya merancang untuk menemukan
mereka tanpa pengetahuan Wana. Tapi, malangnya, dalam perjalanan hujan yang
lebat, ayah kamu tak sempat berjumpa dengan dia.” Suara Encik Awira berubah
menjadi sedikit pilu. Namun, sebaknya ditahan. Iwan pula melepaskan genggam tangannya
disisi tanda dia tidak menyangka semua ini berlaku sekadar kebetulan.
“Wana, seorang gadis yang tak
bersalah. Dia banyak berbudi dengan ayah kamu, dan juga saya. Jadi, saya harap
kamu dapat menjaga Wana dengan baik sebagaimana dia menjaga ayah kamu di
hospital sewaktu kamu di luar negara dulu.”
“AYAH… Iwan dah jumpa perempuan
yang ayah nak sangat jumpa tu. Iwan dah jumpa ayah, Iwan dah jumpa.” Pilu hati
Iwan berbicara seorang diri seolah-olah ayahnya berada di hadapannya sekarang.
Cerita Encik Awira itu telah memberi kesan yang mendalam baginya. Amanah tetap
amanah, dia perlu lunaskan amanah itu satu persatu. Pertama, dia sudah menemui
wanita yang menyelamatkan ayahnya. Amanah seterusnya akan menyusul tiba.
Iwan menarik selimut dan merebahkan
kepalanya di atas bantal. Pendingin hawa itu ditetapkan dalam suhu sederhana.
Mata mula lelap memanggil mimpi.
Bersambung...
Terima kasih, Assalamualaikum...



